Thursday, December 13, 2018

BBM3410/18: Facebook

Ini mungkin post yang terakhir yang berkenaan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza atas segala nasihat dan tunjuk ajar. Kami reda membuat semua tugasan yang diberi.

Walaupun tugasan yang diberi banyak, ia telah membantu kami menguruskan masa dengan bijak. Kuliah ini juga menjadikan saya seorang mahasiswa yang fleksibal dan serbaguna. Terima kasih sekali lagi Prof.

Di bawah ini merupakan post saya di Facebook.



BBM3410/18: Kalendar 2019

Di sini saya nak kongsikan hasil daripada kelas amali ataupun tutorial. Kalendar 2019 yang dibuat oleh saya sendiri.

Memang tak pandai guna Adobe Photoshop ini tapi dah boleh edit gambar sendiri sekarang hahahaha. Cuba tengok hasil kerja saya di bawah ini semua.












Wednesday, December 5, 2018

BBM3410/18: Video Tanpa Wajah

Video tanpa wajah merupakan video yang diambil tanpa menunjukkan sebarang wajah dalam video tersebut. Selain itu, video ini juga harus memberikan fokus kepada satu benda dan mempunyai jalan cerita yang baik. Berbeza dengan video one shot, video tanpa wajah ini mempunyai banyak adegan dan kamera boleh digerakkan dari satu tempat satu tempat yang lain. Antara kriteria video tanpa wajah yang menarik ialah:

  • latar muzik yang bersesuaian dengan cerita atau mesej yang ingin disampaikan
  • mengambil video daripada pelbagai sudut
  • memberi fokus kepada satu benda
  • tidak memaparkan wajah seseorang 

Dalam menyediakan video tanpa wajah ini, banyak latihan harus dilakukan kerana pergerakan tangan boleh menjadikan video tidak jelas. Dalam pada itu, cerita yang ingin disampaikan juga perlu jelas dan tepat. Kami dari kumpulan Panglima Awang telah membuat video tanpa wajah ini dengan menggunakan lagu Waktu Telah Berakhir - Opick dengan mengambil konsep pengemis yang berhati baik meninggal dunia pada klimaksnya.

Pengalaman yang diperolehi memang menarik kerana tugas sebagai seorang jurukamera sangat mencabar kerana melibatkan banyak pergerakan. Tuagas seorang editor juga sangat diperlukan untuk memastikan video mempunyai plot yang baik. Berikut merupakan video tanpa wajah yang disiapkan oleh kumpulan kami bagi memenuhi tugasan subjek BBM3410 Multimedia dalam Bahasa:


Sila klik video di atas 
dan selamat menonton. 


BBM3410/18: Video One Shot

Video one shot merupakan satu teknik penggambaran video yang berterusan oleh satu kamera. Video ini sesuai untuk diambil untuk sesebuah lagu. Walaupun nampak mudah dan hanya satu kamera berfungsi, namun beberapa aspek harus diberikan supaya ia menjadi video one shot yang menarik. Terdapat 3 jenis video one shot yang sering digunakan iaitu video one shot, video one shot two layer dan video one shot three layer.

Video One Shot
Video ini memerlukan 1 layer latar belakang yang statik dan pergerakan manusia yang sangat cepat.

Video One Shot Two Layer
Video ini memerlukan 2 layer latar belakang yang mempunyai dua adegan yang berlainan tetapi tetap berlaku interaksi.

Video One Shot Three Layer
Video ini memerlukan 3 layer latar belakang yang berbeza dan mempunyai interaksi antara satu sama yang lain.

Penghasilan video one shot ini sememangnya memerlukan banyak latihan supaya suatu video one shot yang berkualiti dapat dihasilkan. Dalam subjek BBM3410/18 Multimedia dalam Bahasa, kami daripada kumpulan Panglima Awang telah menyiapkan ketiga-tiga jenis video ini. Saya telah mendapat pengalaman menjadi Penolong Pengarah dan penghasilan sesuatu video one shot ini sangat mencabar dan memerlukan fokus daripada semua orang yang terlibat supaya prosesnya berjalan dengan lancar.


Video One Shot


Video One Shot Two Layer


Video One Shot Three Layer



BBM3410/18: Papan Cerita

Papan cerita atau lebih dikenali sebagai storyboard merupakan suatu lakaran idea atau imaginasi yang dibuat sebelum terhasilnya sesuatu perkara yang berkonsepkan multimedia seperti video, e-majalah dan sebagainya. Lakaran idea yang berupa papan cerita ini sememangnya membantu seseorang mengumpul idea-idea sebelum bermulanya proses sebenar pembuatan sesuatu perkara. Dalam erti kata lain, papan cerita ini dianggap sebagai panduan serta membantu kita merancang isi kandungan sesuatu video atau e-majalah. Antara kebaikan membuat papan cerita adalah:

  • Mengumpul idea yang banyak 
  • Melakukan pembetulan sebelum proses sebenar
  • Mereka bentuk dan memilih warna dan corak yang sesuai

Dalam kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, Profesor Dr. Normaliza telah menjelaskan peranan papan cerita ini dan seterusnya memberikan tugasan membuat papan cerita dalam e-majalah.
Papan cerita itu mempunyai 10 halaman dan dibahagikan kepada setiap orang dalam ahli kumpulan. Kami daripada kumpulan Panglima Awang telah berbincang dan membuat keputusan untuk menyediakan papan cerita untuk e-majalah pakaian.

Walaupun ini merupakan pengalaman pertama kami membuat papan cerita, kami dapat menghasilkan papan cerita e-majalah yang sangat baik serta mempunyai reka bentuk yang menarik.












BBM3410/18: Asas Grafik

Asas grafik memainkan peranan yang sangat penting dalam menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas melalui sesuatu gambar atau visual. Setiap individu mesti mempelajari konsep asas grafik untuk ini untuk mengukuhkan lagi pemahaman mereka dalam proses pembelajaran. Pemahaman asas grafik ini membolehkan seseorang menginterpretasi sesuatu visual dengan tepat dan jelas. Antara asas grafik yang kami pelajari dalam kuliah BBM3410/18 Multimedia dalam Bahasa yang dijalankan oleh Profesor Dr. Normaliza adalah long shot, medium shot, bird-view shot, over the shoulder, mug shot, flat lay dan sebagainya. Berikut merupakan ciri-ciri unik yang ada dalam konsep asas grafik ini:

Mudah
Visual atau sesuatu gambar haruslah mudah dan tidak kompleks. Ini memudahkan proses pemahaman asas grafik tersebut..

Keseimbangan
Dalam konsep asap grafik, keseimbangan sangat penting dalam menentukan saiz gambar dan jarak sesuatu gambar itu diambil.

Kesesuaian
Setiap gambar atau visual haruslah dilengkapi objek serta perkara yang sesuai dan tidak mengelirukan.

Warna
Warna yang digunakan dalam sesuatu gambar atau visual seharusnya sesuai dan tidak menyukarkan pandangan orang lain.

Teks
Sekiranya ada teks, maka saiz dan warna teks harus jelas dalam sesuatu gambar.

Keunikan asas grafik ini yang paling ketara ialah seseorang boleh memahami sesuatu visual atau gambar walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Konsep asas grafik ini berkesan mendorong interaksi yang baik dalam proses pembelajaran dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Secara kesimpulannya, asas grafik merupakan konsep pembelajaran melalui gambar atau visual yang sangat efektif dan efisien. Berikut merupakan antara contoh-contoh gambar yang berunsurkan asas grafik:


Flat Lay


Long Shot


Bird's Eye View


Potrait


Mug shot 


Medium shot






















Sunday, November 18, 2018

BBM3410/18: Joget Lambak

Selepas berpuas hati dengan video pertama yang kami hasilkan, tiba pula masa untuk video yang seterusnya iaitu, Video One Shot Two Layer. Perbincangan telah diadakan dengan ahli kumpulan untuk menentukan lagu dan cara kami nak menghasilkan video itu.

Sebenarnya, saya pun tiada idea dan kurang faham dengan maksud two layer. Rakan-rakan lain telah membantu memberikan penjelasan. Kami juga sukar mengadakan perjumpaan sebab masing-masing sangat sibuk dengan PITA. Banyak lagu dicadang tetapi pada akhirnya kami memilih lagu yang rancak sikit iaitu Joget Lambak oleh Adam.

Disebabkan ada ahli kumpulan yang pulang ke kampung pada hari minggu, kami terpaksa mengadakan latihan pada sebelah petang dan merakam video pada waktu malam. Lokasi yang kami pilih ialah Sanggar Bahasa, FBMK. Saya sangat bangga kerana saya bukannya seorang penari tetapi ini kali pertama saya membuat koreografi untuk sebuah lagu Melayu.

Nantikan video kami pada hari Isnin ini. Hehehe. Jumpa lagi.


Selepas rakaman video. 


Sesi latihan di Kolej Serumpun. 

Syed jadi 'make up artist'. (MUA) 





BBM3410/18: Facebook

Ini mungkin post yang terakhir yang berkenaan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza atas segala nasihat d...