Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: 5 Ciri Unik Asas Grafik

Dalam kuliah kedua, BBM3410 Bahasa dalam Multimedia, Profesor Dr Normaliza Abd Rahim telah menjelaskan tentang ciri-ciri asas grafik. Terdapat 5 ciri asas grafik yang utama iaitu:

1. Mudah
- Gambar haruslah mudah dan tidak kompleks. Objek ataupun mesej perlu jelas.

2. Keseimbangan
- Keseimbangan penting dalam menentukan saiz gambar dan jarak sesuatu gambar itu diambil.

3. Kesesuaian
- Gambar haruslah dilengkapi objek serta perkara yang sesuai dan tidak mengelirukan.

4. Warna
- Warna dalam sesuatu gambar seharusnya sesuai selalunya dan menyejukkan mata orang memandang.

5. Teks
- Sekiranya ada teks, maka saiz dan warna teks harus jelas dalam sesuatu gambar.


Selepas itu, kami diberi tempoh untuk menyiapkan tugasan yang berupa kreatif menggunakan majalah, mounting board, riben, gam dan gunting. Kami mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk menyiapkan tugasan ini. Saya mendapat pengalaman yang cukup menarik dan perkara ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan.



BBM3410/18: Kuliah Pertama Yang Mendebarkan

Hari ini merupakan hari pertama kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Kami berkenaan dengan Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim.

Beliau telah memberikan penjelasan kepada kami mengenai rangka kursus ini. Selain itu, Profesor Dr. Normaliza juga menitikberatkan etika pemakaian ke kuliah kerana ia membawa imej kami sebagai mahasiswa.

Dalam kuliah tersebut, beliau turut menekankan bahawa para pelajar perlu sentiasa peka kepada arahan untuk mendisiplinkan diri masing-masing. Selain itu, informasi mengenai kelas amali juga diberikan oleh Profesor Dr. Normaliza.

Bahan-bahan seperti mounting board, riben, gam, majalah dan gunting perlu dibawa untuk tujuan tugasan pada kuliah seterusnya.



BBM3410/18: Tentang Diri saya

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Nama saya ialah Anantha Rao A/L Ramarao. Saya berasal dari Sungai Siput, Perak dan dilahirkan pada 15 September 1995. Kini, saya sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam program Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).

"Pewaris Bahasa" merupakan cogan kata yang saya gunakan untuk meluahkan perasaan cinta saya terhadap bahasa Melayu. Walaupun berbangsa Melayu, minat yang mendalam terhadap bahasa Melayu tetap ada.

Di peringkat STPM, saya mendapat banyak pendedahan tentang pembelajaran bahasa Melayu dan perkara tersebut telah mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran dalam program berkenaan bahasa Melayu di peringkat universiti.



BBM3410/18: Facebook

Ini mungkin post yang terakhir yang berkenaan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza atas segala nasihat d...