Dalam kuliah kedua, BBM3410 Bahasa dalam Multimedia, Profesor Dr Normaliza Abd Rahim telah menjelaskan tentang ciri-ciri asas grafik. Terdapat 5 ciri asas grafik yang utama iaitu:
1. Mudah
- Gambar haruslah mudah dan tidak kompleks. Objek ataupun mesej perlu jelas.
2. Keseimbangan
- Keseimbangan penting dalam menentukan saiz gambar dan jarak sesuatu gambar itu diambil.
3. Kesesuaian
- Gambar haruslah dilengkapi objek serta perkara yang sesuai dan tidak mengelirukan.
4. Warna
- Warna dalam sesuatu gambar seharusnya sesuai selalunya dan menyejukkan mata orang memandang.
5. Teks
- Sekiranya ada teks, maka saiz dan warna teks harus jelas dalam sesuatu gambar.
Selepas itu, kami diberi tempoh untuk menyiapkan tugasan yang berupa kreatif menggunakan majalah, mounting board, riben, gam dan gunting. Kami mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk menyiapkan tugasan ini. Saya mendapat pengalaman yang cukup menarik dan perkara ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410/18: Facebook
Ini mungkin post yang terakhir yang berkenaan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza atas segala nasihat d...
-
Papan cerita atau lebih dikenali sebagai storyboard merupakan suatu lakaran idea atau imaginasi yang dibuat sebelum terhasilnya sesuatu per...
-
Saya berasal daripada keluarga yang sangat susah dari segi kewangan dan kemudahan. Tetapi ibu bapa saya tidak pernah memberikan kesusahan ke...
-
Balik kampung. Mood nak sambut Deepavali. Perak jadi juara Piala Malaysia 2018. Kamu semua tahu tak apa perasaan saya sekarang ini hahaha. ...
No comments:
Post a Comment