Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: Sehari Sebelum Deepavali

Suasana di rumah memang dah hangat. Saya memang suka buka lagu Tamil kuat-kuat masa ini sebab baru ada motivasi nak buat kerja untuk sebelum Deepavali. Tambah pula, abang dan kakak yang pulang ke rumah sempena Deepavali. Mereka pun turut sekali mengemas rumah, Di samping itu, kami sekeluarga dapatlah berborak sesama kami setelah lama tak jumpa.

Selepas kebanyakan kerja dah siap, saya dan rakan-rakan saya keluar pula ke kedai kopi. Kalau awak semua pergi ke Instagram saya, saya ada muat naik satu gambar menyatakan teh tarik paling sedap di Sungai Siput boleh dapat di situ. Bukan sahaja itu, pelayan di kedai kopi itu sangat rapat dengan kami sebab kami pelanggan setia. Walaupun berlainan bangsa, semangat kekitaan tetap ada sesama kami.

Selepas minum teh tarik di situ, kami pulang ke rumah masing-masing untuk sambung kerja. Ayah, emak, abang, kakak ipar dan kakak telah keluar ke Ipoh. Jadi, saya seorang terpaksa gantung dan lekat semua hiasan-hiasan berkaitan Deepavali di hadapan rumah. Lampu kelip-kelip itu memang wajib kena ada.

Sebelum tidur, saya membantu kakak saya untuk membuat 'kolam' di depan rumah. Setiap tahun, kakak saya akan menyediakan corak yang baharu dan memang tetamu yang datang ke rumah akan memuji hasil seni kakak saya itu. Saya tumpang ambil gambar sahaja. Hahahaha.


Ini 'kolam' yang dihasilkan oleh kakak saya sempena perayaan Deepavali


Murukku, achi murukku, biskut dan beberapa jenis manisan. 


BBM3410/18: Prof Keluar Dalam TV

Memang sangat popularlah Prof Dr. Normaliza. Saya rasa ini datang daripada hasil usaha sendiri Prof yang tidak pernah berputus asa. Beginilah ceritanya...

Kelas pada hari Isnin telah dibatalkan sebab kami seramai 80 orang telah memohon kuliah secara online. Kebetulan pada hari Selasa adalah perayaan Deepavali jadi memanglah perlukan cuti pada hari sebelumnya untuk membuat persiapan. Untuk itu, kami harus mengambil gambar dengan tanda 'okey' dan muatnaik di Instagram untuk memohon cuti dan kuliah secara online

Prof Dr Normaliza telah terlibat dalam sebuah wawancara dalam slot Bijak Siber di TV Al-Hijrah. Tajuk wawancara itu adalah Pemartabatan Bahasa Melayu dan Pengharmonian Hubungan Antara  Kaum melalui Alam Siber. Prof telah memberikan pendedahan mengenai kepentingan bahasa Melayu terutama sekali untuk golongan remaja.

Banyak informasi telah dikongsikan oleh Prof walaupun tempoh wawancara itu berlangsung dalam masa yang singkat. Saya sebagai seorang pelajar sememangnya berasa sangat teruja dan bertuah kerana mendapat tenaga pengajar seperti Prof. Bukan sahaja itu, ulasan yang diberikan oleh Prof memang sangat bagus dan kritikal.


Penjelasan terbaik yang diberikan oleh Profesor Dr Normaliza. 

BBM3410/18: Tugasan 10 Gambar di Kampung

Phewwww, selesai sudah tugasan yang diberikan oleh Prof. Sebenarnya ini berkenaan dengan tugasan 10 gambar yang diberi oleh Prof untuk dilaksanakan pada cuti pertengahan semester. Memang seronok la subjek ini sebab tugasannya yang sangat menarik.

Selepas Prof dah bagi tugasan ini, saya rasa macam senang sahaja. Tetapi memang susah sebab kena ambil gambar pemandangan ataupun apa sahaja gambar yang berkaitan dengan kampung. Ada tempat yang saya tak tahu nama pun saya pergi di Sungai Siput.

Ditambah pula dengan perayaan Deepavali, jadi banyak sangat koleksi gambar yang saya peroleh. Yang susahnya adalah untuk pilih gambar yang terbaik. Sebab itu saya muatnaik gambar sedikit lambat. Walau bagaimanapun, saya harus berterima kasih kepada rakan saya Vijay, yang sudi membawa saya ke lokasi-lokasi menarik di sekitar Sungai Siput.










BBM3410/18: Misi Mencari Baju Deepavali

Ahhhhh.. Tinggal beberapa hari lagi sebelum Deepavali tetapi saya belum beli baju untuk Deepavali. Dahlah sibuk menolong emak buat murukku, selepas ini kena kemas rumah pula. Memang tak suka mengemas tapi emak kata setahun sekali sahaja. Adalah kerja untuk penyapu dan kain buruk. Buat murukku juga bukan kerja yang senang. Stamina kena kuat. Hahahaha.

Di samping itu, saya dan rakan saya bernama Vijay telah mengambil keputusan untuk membeli-belah di AEON Kinta City, Ipoh. Bajet kami adalah RM200. Masa nak pergi itu, kami rasakan mesti pakaian di situ mahal. Tapi manalah tahu kan hahaha masa itu Padini buat jualan hangat.

Serius murah sangat baju kat Padini. Jualan itu untuk 5 hari sahaja. Dan kebetulan kami pergi pada hari pertama jualan itu bermula. Bahagianya sebab ada banyak lagi stok. Suasana dalam kedai pakaian itu memang macam pasar malam. Pasar malam pun boleh kalah kot. Selepas itu, kami ke AEON Mall Klebang, Ipoh pula untuk beli kasut.

Bukan sahaja itu, kami meneruskan misi kami untuk mencari daging ayam belanja untuk dimasak pada hari Deepavali. Tahun ini kira sangat istimewalah sebab abang kedua baru kahwin. Oleh itu, emak suruh saya carikan daging ayam belanda.


Padini @ pasar malam


Rakan saya Vijay, bersama baju Deepavali kami. Hehehe. 


Ayam belanda oh ayam belanda.. 






Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Balik Kampung dan Perak Menang La Weyyy

Balik kampung. Mood nak sambut Deepavali. Perak jadi juara Piala Malaysia 2018. Kamu semua tahu tak apa perasaan saya sekarang ini hahaha.

Sebenarnya, dah rancang nak balik lambat, tapi kelas batal pula. Emak pun dah telefon banyak kali sebab beliau tiada teman nak buat murukku dan achi murukku. Tambah lagi dengan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Perak dengan Terengganu.

Selepas balik Sungai Siput, saya mandi cepat-cepat sebab nak tengok perlawanan akhir. Kebetulan pada hari itu ada pula drama Tamil yang emak saya suka. Jadi terpaksalah menunggu untuk tukar saluran.

Perak menjadi juara Piala Malaysia lagi selepas berbelas tahun. Yang seronoknya, ayah dan emak bersama-sama menonton perlawanan itu sampai ke penghujungnya.


Jurulattih dan kapten pasukan Perak menjulang trofi Piala Malaysia. 


Pemain terbaik perlawanan akhir, Brendan Gan. 

BBM3410/18: Lax 2014 di Mines

Dalam kesibukan untuk menyediakan video muzik one shot ini, video Lax juga harus disiapkan dalam minggu ini. Tajuk Lax yang saya pilih kali ini ialah Lax 2014 My Travelogue. Perkara paling penting dalam Lax ini adalah ahli kumpulan haruslah antara orang yang kita kenal. Kalau tak, mesti susahlah nak bahagi masa semua.

Mines ini kami pilih sebab tempat  itu sesuai dengan tema yang diberi iaitu 'Fun and Lively'. Kami pergi pada hari Selasa jadi memanglah orang tak ramai. Suasana di situ macam sunyi sangat. Tapi kami buat juga untuk memenuhi tugasan untuk kursus ini.

Lax ini ada kebaikan dan keburukannya pada pendapat saya. Kebaikannya adalah kita dapat mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan Lax, mendapat informasi yang baharu, berkongsi pendapat, melawat lokasi-lokasi yang menarik dan sebagainya.

Keburukannya pula kos perbelanjaan itu ada kalanya tinggi, tiada kredit dan memerlukan masa yang sangat tempat untuk semua ahli kumpulan berjumpa. Tapi sebagai pelajar, kita kena berkorban sedikit untuk kursus ini sebab kalau gagal kami tak boleh bergraduat. Saya kongsikan beberapa gambar yang diambil di The Mines, Seri Kembangan.




BBM3410/18: Video One Shot

Dalam kuliah hari ini, Profesor Dr. Normaliza telah menjelaskan mengenai video one shot. Sebagai contoh, lagu 'The Lazy Song' oleh Bruno Mars dijadikan sebagai panduan.

Kami dari kumpulan Panglima Awang memilih lagu Hajat oleh Hael Husaini. Lokasi yang kami pilih adalah Black Box, FBMK. Sebelum merakam, kami membuat latihan selama 2 hari sebab ada tarian. Mujurlah tarian itu senang sikit. Hahaha.

Dan ini pertama kalinya saya jadi Penolong Pengarah untuk video muzik one shot. Pengalaman itu memang menari sebab saya yang kena menolong Pengarah pada hari kejadian.

Detik-detik semasa latihan itu tidak boleh dilupakan. Nasib baik Safwan jadi watak utama. Jadi semua ada keyakinan untuk menari dan sekali gus mendapatkan hasil yang sangat baik.





BBM3410/18: Facebook

Ini mungkin post yang terakhir yang berkenaan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza atas segala nasihat d...