Sunday, October 21, 2018

BBM3410/10: Menggunakan Adobe Photoshop Buat Kali Pertama

Ia merupakan satu pengalaman yang sangat menarik. Kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa ini sememangnya membantu kami semua meningkatkan kemahiran dan menambah ilmu pengetahuan kami dalam bidang teknologi. Salah satunya adalah penghasilan kalender menggunakan Adobe Photoshop.

Sebelum ini, saya lebih gemar menggunakan aplikasi Filmora, Moviemaker dan VivaVideo untuk mengedit sesuatu video. Tetapi, Adobe Photoshop ini boleh berfungsi untuk mengedit video, poster, gambar dan sebagainya. Walaupun rumit, hasilnya sangat memuaskan dan ia menjadi pilihan orang ramai.

Saya sedar akan kepentingan kami sebagai para mahasiswa untuk meningkatkan kemahiran individu atau soft skills yang menjadikan kami sebagai graduan yang efisien. Pengetahuan tentang Adobe Photoshop juga boleh membantu seseorang untuk mendapatkan kerja kerana ia bukan mudah dan memerlukan daya kreativiti yang tinggi.

Saya sangat berterima kasih kepada Profesor Dr Normaliza kerana memberi peluang ini kepada kami untuk mempelajari sesuatu yang baru D an mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.






BBM3410/18: Pengalaman Paling Menakutkan

Pada 2 Februari 2018, saya bersama 4 orang kawan lelaki saya telah terlibat dalam kemalangan kereta. Boleh dikatakan kemalangan yang sangat ngeri. Kami semua rakan-rakan dari peringkat sekolah lagi. Pada hari Thaipusam, kami semua berjumpa dan membuat perancangan untuk makan malam pada hari seterusnya di restoran yang kami suka. Segala perancangan berlaku secara lancar.

Keesokan hari, kami pun bergerak ke restoran tersebut. Secara jujurnya, kami sangat gembira setelah tidak lama berjumpa malah ada yang ketawa dan bergurau senda sehingga mulut sakit.

Dalam perjalanan balik ke rumah masing-masing, jalan tersebut gelap dan juga tidak rata. Kelihatan sebuah kereta Waja di laluan kiri. Jadi, kawan saya yang memandu pun hendak memotong kenderaan tersebut. Semasa memotong, secara tiba-tiba kereta Waja tersebut menukar laluan ke sebelah kanan tanpa sebarang tanda isyarat. Kami sempat mengelak kereta di hadapan tetapi kereta kami hilang kawalan dan melanggar ruang lampu di sebelah jalan dan berpusing tiga kali sebelum terbabas ke dalam longkang.

Semua berlaku dalam sekelip mata. Kami bersyukur kepada Tuhan sebab tiada kecederaan yang serius. Doa ibu bapa kami juga telah menyelamatkan kami pada hari itu.



Wednesday, October 17, 2018

BBM3410/18: Fotografi Penceritaan

Pada minggu ke-6 kuliah Multimedia dalam Bahasa, Profesor Dr Normaliza telah memberikan penjelasan mengenai fotografi penceritaan. Saya sangat teruja kerana ia melibatkan aspek fotografi lagi. Penerokaan terhadap ilmu fotografi ini sememangnya memberikan saya motivasi yang tinggi.

Menurut Prof, fotografi penceritaan bermaksud gambar tersebut menceritakan sesuatu situasi atau perlakuan. Kebiasaannya kita akan melihat kepada deskripsi atau 'caption' untuk memahami sesuatu gambar. Tetapi dalam fotografi penceritaan, gambar yang dihasilkan tersebut akan memberi penerangan secara langsung selepas kita melihatnya.

Selepas itu, Prof memberikan tugasan berkumpulan untuk menghasilkan fotografi penceritaan menggunakan 10 simpulan bahasa yang berbeza. Kesemua gambar itu harus dimuatnaik dalam bentuk PowerPoint dalam laman YouTube dan dive tang pada kuliah seterusnya.


Angkat kening. 


Perut kosong. 


Mandi peluh. 


Buah tangan. 


Angkat bahu. 



Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Ibu Bapa Yang Disayangi

Saya berasal daripada keluarga yang sangat susah dari segi kewangan dan kemudahan. Tetapi ibu bapa saya tidak pernah memberikan kesusahan kepada lima adik-beradik termasuk saya dalam menjalani kehidupan yang sungguh mencabar ini. ayah saya merupakan seorang pemandu lori. Beliau  tidak mendapat pendidikan yang tinggi dan berpendapatan rendah tetapi beliau sangat bertanggungjawab dalam menampung kos perbelanjaan keluarga kami. Ayah saya merupakan seorang yang peramah dan mempunyai ramai rakan-rakan. Beliau tidak pernah mengeluh atau mengendahkan setiap perkara yang melibatkan pendidikan kami semua.

Ibu saya pula merupakan suri rumahtangga. Setahu saya, beliaulah individu yang paling rajin dalam rumah saya. Bukan senang nak menjadi suri rumah yang selalu memikirkan kepentingan anak-anak. Sekiranya, kami bertengkar antara satu sama lain dengan adik-beradik, ibu saya tampil untuk menyelesaikan konflik itu secara baik. Beliau mempunyai kepercayaan yang sangat tinggi terhadap Tuhan dan sentiasa berdoa untuk kepentingan kami semua.

Hasil usaha mereka berdua, kini ada 3 graduan di rumah saya. Mereka berjaya mengasuh kami untuk menjadi insan yang berguna dan mendapat pendidikan yang secukupunya. Pengorbanan mereka berdua tidak dapat dibalas dan saya bertekad untuk menjada mereka di usia mereka yang tua. Untuk itu, saya harus berusaha lebih sungguh-sungguh untuk menyediakan kemudahan yang sangat baik untuk mereka berdua. Perasaan kasih sayang terhadap mereka tidak ada nilainya.



BBM3410/18: Hidup Tanpa Bola Memang Tak Bahagia

Bola sepak yang menjadi sukan yang menyatukan orang ramai merupakan sukan kegemaran saya. Memang betul seperti tajuk yang saya nyatakan. Saya tidak senang hati kalau tak main bola sepak. Semuanya bermula dari peringkat sekolah. Hasrat saya untuk menyertai pasukan bola sepak pada peringkat sekolah rendah tidak kesampaian kerana tidak mendapat persetujuan ibu bapa. Namun, saya tetap berusaha di peringkat sekolah menengah untuk penyertai pasukan bawah 15 tahun. Harapan saya berkecai apabila pertandingan bawah 15 telah dimansuhkan ketika itu. Semasa berusia 17 tahun, saya mendapat peluang untuk bermain bersama pasukan bawah 18 sekolah saya tetapi saya hanya dapat memanaskan bangku simpanan kerana tidak menghadiri beberapa siri latihan.

Selepas kekecewaan itu, ia bertambah perit apabila saya mengalami kecederaan yang serius pada bahagian tulang ibu jari kaki saya. Saya sangat sedih kerana impian saya untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi menjadi tipis. Tetapi, saya bekerja keras untuk mengembalikan segala kemahiran dan kekuatan yang saya ada selepas pulih daripada kecederaan. Pada peringkat STPM, saya berpeluang untuk mewakili daerah iaitu Kuala Kangsar dalam Pertandingan Futsal Tingkatan 6 Peringkat Negeri. Saya mula meningkatkan kemahiran individu dan stamina saya.

Pada hujung bulan 2014, saya dipanggil oleh jurulatih sekolah menengah saya untuk beraksi dalam Liga Perak Amanjaya 2014. Saya berasa sangat bangga kerana dapat mewakili parlimen saya iaitu Sungai Siput dalam sukan bola sepak. Kami berjaya mara ke peringkat akhir yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh. Walaupun kalah tipis, pengalaman bermain di stadium merupakan satu kenangan manis yang tidak boleh saya lupakan. Sukan bola sepak sehingga kini menjadi kegemaran saya dan saya akan terus melibatkan diri dalam sukan ini.




BBM3410/18: Flat Lay

Pada minggu ke-5, Profesor Dr. Normaliza telah memberikan penjelasan dan komen mengenai tugasan lepas yang melibatkan buku Boom With Social Media. Beliau mengetahui bahawa para pelajar kecewa kerana tugasan yang dihantar tidak diterima dan beliau juga menjelaskan sebab-sebab tugasan tersebut tidak diterima. Walau bagaimanapun, Prof telah memberikan tips dan nasihat supaya perkara ini tidak berlanjutan hingga ke akhir semester.

Selepas itu, Prof telah menmberikan kuliah mengenai Flat Lay. Ia merupakan sejenis aspek fotografi yang sangat diminati oleh orang ramai kerana gambar yang terhasil sangat seimbang dan menyejukkan mata kita semua. Flat Lay dibahagikan kepada 4 jenis iaitu, Flat Lay, Half Flat Lay, Quarter Flat Lay dan Zero Flat Lay. Perkara ini memang sesuatu yang sangat baru dan seronok dipleajari.

Flat Lay - Diambil dari sudut atas dari objek.
Half Flat Lay - Diambil dari sudut 45 darjah dari objek
Quarter Flat Lay - Diambil dari sudut 22.5 darjah dari objek
Zero Flat Lay - Kamera diletakkan atas lantai

Kemudian, beliau telah memberikan tugasan untuk kami mengambil gambar mengikut kumpulan untuk menghasilkan gambar Flat Lay yang terdiri daripada 4 jenis. Kami deiberi masa selama 2 jam untuk menyiapkan tugasan ini. Setiap Flat Lay yang dihasilkan harus mengandungi keunikan dan berbeza antara satu sama lain.








Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18: Pengajaran Berguna

Pada minggu ke-4, tiada kuliah bagi kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Profesor Dr. Normaliza mempunyai persidangan untuk dihadiri di negara jiran, Singapura. Walaupun tiada kuliah, beliau telah memberikan tugasan untuk disiapkan melalui portal Putrablast.

Buku BOOM with Social Media dijadikan panduan untuk menjawab 2 soalan yang berkaitan dengan sosial media. Kami diminta memberi pendapat mengenai persepsi terhadap jenis sosial media dan penggunaan sosial media sebagai medium pembelajaran di universiti. Soalan tersebut tampak lebih senang untuk dijawab tetapi kami tidak menjangka insiden yang berlaku selepas itu.

Tugasan yang saya hantar melalui emel tidak diterima oleh Prof. Bukan sahaja saya, malah sebilangan besar daripada mereka. Perasaan dilema dan kecewa memang ada tetapi saya mengambil perkara ini sebagai satu pengajaran kepada diri sendiri. Saya bertekad untuk melaksanakan semua tugasan dengan berhemah dan bersungguh-sungguh.






BBM3410/18: Sesi Fotografi Yang Menyenorokkan

Setiap individu dalam dunia berhasrat untuk melakukan perkara yang disukai atau diminati. Begitulah dengan saya. Dan minat itu lebih mendalam apabila mendapat tugasan daripada Profesor Dr. Normaliza. Dalam kelas, beliau telah mengajar beberapa jenis gambar seperti mug shot, long shot, medium shot, birds eye view, over the shoulder dan potrait.

Pengalaman sepanjang melakukan tugasan fotografi ini cukup mencabar tetapi ia juga menyenorokkan. Walaupun tidak memiliki kamera yang canggih seperti Nikon dan Canon, namun saya bersungguh-sungguh untuk menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti. Perkara ini mendekatkan diri saya dengan fotografi yang juga merupakan minat saya.

Selain itu, saya juga sempat melihat rakan-rakan saya sendiri yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang fotografi. Perasaan gembira dan berpuas hati selepas melihat hasilnya itu tidak ternilai. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Profesor Dr. Normaliza yang memberi peluang kepada saya untuk meneroka bidang fotografi ini dengan lebih luas.




BBM3410/18: Makanan! Makanan! Makanan!

Makanan!Makanan!Makanan!

Apa saja program atau pesta yang melibatkan MAKANAN mesti meriah. Begitu juga dengan Pesta Makanan Tradisional Melayu yang diaadakan di UPM

Pada tanggal 25 September 2018, Fakuti Bahasa Moden dan Komunikasi telah menganjurkan Pesta Makanan Tradisional Melayu bertempat di perkarangan Muzium Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM). Saya bersama rakan-rakan telah menghadiri upacara perasmian yang berlangsung di Bangunan CALC pada pukul 10 pagi. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman daripada Bahagian Penjaja dan Kawalan Pengguna. Dalam ucapannya, beliau mengemukakan beberapa cadangan dan inisiatif untuk pembangunan industri kecil.

Terdapat banyak gerai makanan dalam pesta makanan ini. Antaranya laksa, lontong kering, kebab, cendol dan sebagainya. Para pensyarah dan pelajar juga bekerjasama mengendalikan beberapa gerai makanan. Suasana tersebut lebih meriah dengan adanya Chef Selebriti Dr. Muhammad Shahrim Karim. Ramai pelajar daripada fakulti lain juga datang untuk merasai kelazatan makanan tradisional orang Melayu. Pesta ini berakhir dengan jayanya pada pukul 5 petang dan kami sempat bergambar dengan para pensyarah yang turut hadir bersama.









BBM3410/18: Facebook

Ini mungkin post yang terakhir yang berkenaan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza atas segala nasihat d...