Setiap individu dalam dunia berhasrat untuk melakukan perkara yang disukai atau diminati. Begitulah dengan saya. Dan minat itu lebih mendalam apabila mendapat tugasan daripada Profesor Dr. Normaliza. Dalam kelas, beliau telah mengajar beberapa jenis gambar seperti mug shot, long shot, medium shot, birds eye view, over the shoulder dan potrait.
Pengalaman sepanjang melakukan tugasan fotografi ini cukup mencabar tetapi ia juga menyenorokkan. Walaupun tidak memiliki kamera yang canggih seperti Nikon dan Canon, namun saya bersungguh-sungguh untuk menghasilkan gambar-gambar yang berkualiti. Perkara ini mendekatkan diri saya dengan fotografi yang juga merupakan minat saya.
Selain itu, saya juga sempat melihat rakan-rakan saya sendiri yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang fotografi. Perasaan gembira dan berpuas hati selepas melihat hasilnya itu tidak ternilai. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Profesor Dr. Normaliza yang memberi peluang kepada saya untuk meneroka bidang fotografi ini dengan lebih luas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410/18: Facebook
Ini mungkin post yang terakhir yang berkenaan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza atas segala nasihat d...

-
Ini mungkin post yang terakhir yang berkenaan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza atas segala nasihat d...
-
Video tanpa wajah merupakan video yang diambil tanpa menunjukkan sebarang wajah dalam video tersebut. Selain itu, video ini juga harus membe...
-
Di sini saya nak kongsikan hasil daripada kelas amali ataupun tutorial. Kalendar 2019 yang dibuat oleh saya sendiri. Memang tak pandai gun...
No comments:
Post a Comment