Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Hidup Tanpa Bola Memang Tak Bahagia

Bola sepak yang menjadi sukan yang menyatukan orang ramai merupakan sukan kegemaran saya. Memang betul seperti tajuk yang saya nyatakan. Saya tidak senang hati kalau tak main bola sepak. Semuanya bermula dari peringkat sekolah. Hasrat saya untuk menyertai pasukan bola sepak pada peringkat sekolah rendah tidak kesampaian kerana tidak mendapat persetujuan ibu bapa. Namun, saya tetap berusaha di peringkat sekolah menengah untuk penyertai pasukan bawah 15 tahun. Harapan saya berkecai apabila pertandingan bawah 15 telah dimansuhkan ketika itu. Semasa berusia 17 tahun, saya mendapat peluang untuk bermain bersama pasukan bawah 18 sekolah saya tetapi saya hanya dapat memanaskan bangku simpanan kerana tidak menghadiri beberapa siri latihan.

Selepas kekecewaan itu, ia bertambah perit apabila saya mengalami kecederaan yang serius pada bahagian tulang ibu jari kaki saya. Saya sangat sedih kerana impian saya untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi menjadi tipis. Tetapi, saya bekerja keras untuk mengembalikan segala kemahiran dan kekuatan yang saya ada selepas pulih daripada kecederaan. Pada peringkat STPM, saya berpeluang untuk mewakili daerah iaitu Kuala Kangsar dalam Pertandingan Futsal Tingkatan 6 Peringkat Negeri. Saya mula meningkatkan kemahiran individu dan stamina saya.

Pada hujung bulan 2014, saya dipanggil oleh jurulatih sekolah menengah saya untuk beraksi dalam Liga Perak Amanjaya 2014. Saya berasa sangat bangga kerana dapat mewakili parlimen saya iaitu Sungai Siput dalam sukan bola sepak. Kami berjaya mara ke peringkat akhir yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh. Walaupun kalah tipis, pengalaman bermain di stadium merupakan satu kenangan manis yang tidak boleh saya lupakan. Sukan bola sepak sehingga kini menjadi kegemaran saya dan saya akan terus melibatkan diri dalam sukan ini.




No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Ini mungkin post yang terakhir yang berkenaan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza atas segala nasihat d...