Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Ibu Bapa Yang Disayangi

Saya berasal daripada keluarga yang sangat susah dari segi kewangan dan kemudahan. Tetapi ibu bapa saya tidak pernah memberikan kesusahan kepada lima adik-beradik termasuk saya dalam menjalani kehidupan yang sungguh mencabar ini. ayah saya merupakan seorang pemandu lori. Beliau  tidak mendapat pendidikan yang tinggi dan berpendapatan rendah tetapi beliau sangat bertanggungjawab dalam menampung kos perbelanjaan keluarga kami. Ayah saya merupakan seorang yang peramah dan mempunyai ramai rakan-rakan. Beliau tidak pernah mengeluh atau mengendahkan setiap perkara yang melibatkan pendidikan kami semua.

Ibu saya pula merupakan suri rumahtangga. Setahu saya, beliaulah individu yang paling rajin dalam rumah saya. Bukan senang nak menjadi suri rumah yang selalu memikirkan kepentingan anak-anak. Sekiranya, kami bertengkar antara satu sama lain dengan adik-beradik, ibu saya tampil untuk menyelesaikan konflik itu secara baik. Beliau mempunyai kepercayaan yang sangat tinggi terhadap Tuhan dan sentiasa berdoa untuk kepentingan kami semua.

Hasil usaha mereka berdua, kini ada 3 graduan di rumah saya. Mereka berjaya mengasuh kami untuk menjadi insan yang berguna dan mendapat pendidikan yang secukupunya. Pengorbanan mereka berdua tidak dapat dibalas dan saya bertekad untuk menjada mereka di usia mereka yang tua. Untuk itu, saya harus berusaha lebih sungguh-sungguh untuk menyediakan kemudahan yang sangat baik untuk mereka berdua. Perasaan kasih sayang terhadap mereka tidak ada nilainya.



No comments:

Post a Comment

BBM3410/18: Facebook

Ini mungkin post yang terakhir yang berkenaan kuliah BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Terima kasih Prof. Dr. Normaliza atas segala nasihat d...